Wednesday, August 6, 2008

Islam Hadhari




Ku Cari Damai Abadi

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi


Nukilan: Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi 2004

Puisi itu diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia oleh Dr. Victor A. Pogadaev, Profesor Madya Universiti Malaya.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sajak_Ku_Cari_Damai_Abadi"


Sungguh cantik sajak ni..Tapi sayang, Penulisnya sekarang sudah kurang berkarya mungkin disebabkan kesuntukan masa agaknya.. hehe..ataupun dah jumpa semua tu..

However, Good Luck on Permatang pauh to all candidates!!